PERUTUSAN YB MENTERI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Malaysia MADANI,

Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas pencapaian dan kejayaan yang dicipta sepanjang tahun 2023 ini.

Gagasan Malaysia MADANI, seperti mana yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa menekankan nilai-nilai yang selari dengan prinsip ketelusan korporat. Dengan memberi penekanan kepada keterangkuman, integriti, dan akauntabiliti, gagasan ini menitikberatkan kerangka kerja yang dapat mendorong perubahan positif dalam tadbir urus dan amalan korporat. Apabila komuniti perniagaan dan korporat Malaysia mampu menghayati konsep ini, ia akan memupuk ketelusan korporat dan memperkukuh kepercayaan di kalangan pihak berkepentingan, seterusnya menyumbang kepada persekitaran perniagaan yang lebih beretika.

YB DATUK ARMIZAN MOHD ALI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

PRAKATA PENGERUSI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Malaysia MADANI,

Ketika kita menilai pencapaian tahun 2023, saya dengan berbesar hati mempersembahkan laporan tahunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tahun ini telah menyaksikan kemajuan transformasi yang jelas menunjukkan komitmen kami untuk memperkukuh tadbir urus korporat dan persekitaran perniagaan di Malaysia. Antara sorotan utama tahun 2023 ialah pindaan penting kepada Akta Syarikat 2016.

Pindaan ini bertujuan untuk memperkukuh kerangka perundangan kami, khususnya dalam aspek-aspek penting bagi memupuk ketahanan dan ketelusan perniagaan.

YBRS. TUAN AHMAD SABKI YUSOF

Pengerusi

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

ULASAN TAHUNAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Malaysia MADANI,

Saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun 2023. Tahun ini merupakan satu lagi fasa penting bagi SSM dalam memainkan peranan utamanya sebagai pemudah cara dan pengawal selia perniagaan di Malaysia. Dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh perubahan dinamik ekonomi global dan landskap perniagaan yang sentiasa berkembang, SSM terus komited dan memainkan peranan strategiknya untuk menyokong pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Sepanjang 2023, SSM memainkan peranan penting dalam menyokong pemulihan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia pasca pandemik dengan pelbagai inisiatif dan program. Laporan Tahunan ini mencerminkan usaha berterusan SSM dalam memastikan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif, menyokong pertumbuhan sektor korporat, memperkukuh pematuhan undang-undang korporat, melindungi kepentingan pemegang taruh dan mempertingkatkan kepercayaan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

YBHG. DATUK NOR AZIMAH BINTI ABDUL AZIZ

Ketua Pegawai Eksekutif

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

STATISTIK UTAMA TAHUN 2023

Kadar Pematuhan 2023

93

MUAT TURUN BAHAGIAN INI

Syarikat

Tempatan

51,928

Asing

35

Jumlah Syarikat Diperbadankan Tahun 2023

51,963

Jumlah Syarikat Diperbadankan sehingga 31 Disember 2023

1,534,545

Perniagaan*

Milikan
Tunggal

291,362

Perkongsian

30,454

Jumlah Perniagaan Didaftarkan Tahun 2023

321,816

Jumlah Perniagaan Didaftarkan sehingga 31 Disember 2023

9,124,174

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Jumlah PLT Didaftarkan Tahun 2023

3,547

Jumlah PLT Didaftarkan sehingga 31 Disember 2023

37,460


Inisiatif Penguatkuasaan Tahun 2023

Jumlah pemeriksaan ke atas syarikat

655,081

Jumlah pemeriksaan ke atas perniagaan

623,428

Jumlah pemeriksaan ke atas PLT

12,871

*Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak terpakai di Sabah dan Sarawak

LAPORAN PENGURUSAN

MUAT TURUN BAHAGIAN INI

Penyampaian Perkhidmatan

Inisiatif Penguatkuasaan

Inisiatif Pembaharuan Undang-Undang

Akademi Latihan dan Pengurusan Pengetahuan

Penglibatan dan Kerjasama Pihak Berkepentingan

MUAT TURUN

SEMBILAN (9) INISIATIF SSM TAHUN 2023 UNTUK MEMBANTU KOMUNITI PERNIAGAAN

Hakcipta terpelihara 2024 © Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ikuti kami di: