PERUTUSAN YB MENTERI

Salam Sejahtera.

Saya amat berbesar hati untuk memperkenalkan Laporan Tahunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun 2021.

Sebagai Menteri yang menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), visi Kementerian ini adalah agar perdagangan domestik dapat menjadi tunjang ekonomi berpendapatan tinggi dan salah satu dari misi Kementerian pula adalah untuk memastikan sektor domestik utama terus maju, berdaya saing dan mampan. SSM yang merupakan agensi di bawah Kementerian memainkan peranan untuk memastikan visi dan misi Kementerian dilaksanakan.

YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

PRAKATA PENGERUSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terlibat dalam penerbitan Laporan Tahunan SSM 2021.

Tahun ini merupakan tahun kedua saya berkhidmat sebagai Pengerusi SSM. Tahun ini juga menjadi lembaran baharu kepada Malaysia dalam mendepani wabak COVID-19 dengan kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang telah mencapai 90 peratus. Pencapaian ini sekaligus telah mendorong kepada pemulihan ekonomi negara dengan pembukaan semula premis kedai makan, kedai-kedai runcit, pusat beli-belah, fasiliti-fasiliti sukan termasuk gimnasium, pejabat-pejabat dan lain-lain.

YBHG. DATUK SERI HJ. HASNOL ZAM ZAM BIN HJ. AHMAD

Pengerusi
Suruhanjaya Syarikat Malaysia

ULASAN TAHUNAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tahun 2021. Tahun ini merupakan tahun kedua negara kita mengharungi cabaran pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, kita bersyukur kerana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan segera telah berjaya mengekang penularan wabak ini dan seterusnya membawa kepada pengoperasian semula sektor perniagaan untuk menyokong proses pemulihan ekonomi negara.

YBHG. DATUK NOR AZIMAH BINTI ABDUL AZIZ

Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya Syarikat Malaysia

STATISTIK UTAMA TAHUN 2021

KADAR PEMATUHAN 2021
90
SYARIKAT
Tempatan
45,394
Asing
22
Jumlah Syarikat Diperbadankan Tahun 2021
45,416
Jumlah Syarikat Diperbadankan Sehingga
31 Disember 2021
1,434,323
PERNIAGAAN*
Milikan Tunggal
350,195
Perkongsian
34,105
Jumlah Perniagaan Didaftarkan Tahun 2021
384,300
Jumlah Perniagaan Didaftarkan Sehingga
31 Disember 2021
8,285,467
PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT)
Jumlah PLT Didaftarkan Tahun 2021
3,646
Jumlah PLT Didaftarkan Sehingga
31 Disember 2021
30,252
INISIATIF PENGUATKUASAAN
Pemeriksaan ke atas syarikat
329,171
Pemeriksaan ke atas perniagaan
194,935
Pemeriksaan ke atas perkongsian liabiliti terhad
4,478
Tindakan pendakwaan yang dibawa ke atas syarikat
6,507
Tindakan pendakwaan yang dibawa ke atas perniagaan
375
* Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.

LAPORAN PENGURUSAN

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
BACA LAGI
INISIATIF PENGUATKUASAAN
BACA LAGI
INISIATIF PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG
BACA LAGI
AKADEMI LATIHAN & PENGURUSAN PENGETAHUAN
BACA LAGI
PENGLIBATAN DAN KERJASAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
BACA LAGI
ar-2021